Root Js

powered by
Socialbar

Feel The Knowledge. Learn It. Shared It.

UNIMAS Hacked

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera

Laman web UNIMAS atau pun Universiti Malaysia Sarawak sepertinya kelihatan telah digodam oleh penggodam dari Indonesia.

Tidak dipastikan masa dan waktu sebenar ia digodam tetapi semasa artikel ini ditulis, laman berkenaan masih lagi mempunyai jejak yang ditinggalkan oleh penggodam tersebut.
Berikut adalah mirror dan sedikit screenshoot yang sempat diambil.




Penggodam juga meninggalkan nota tertulis
Security tested,there are some bugs in your site. I do not delete your data. Check back your security system.

Mirror bagi defacement tersebut boleh dilihat pada link berikut  http://www.zone-h.org/mirror/id/15867652

Tindak balas penggodam dari kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Bakasi Cyber Team dan Bekasi0donk itu telah membuatkan penggodam dari Malaysia membalas dengan menyerang laman web milik Indonesia kembali. 

Berikut adalah sedikit screenshot dan mirror.



Nampaknya kemampuan penggodam daripada Malaysia juga tidak boleh dipandang rendah sama sekali. Penggodam tersebut menggelarkan diri mereka sebagai ./Ryuzaki dan ./Ben Hachirobei.



Update
Hasil carian google juga menunjukkan laman berdomainkan unimas.my juga turut digodam oleh penggodam Indonesia dengan meninggalkan nota berbaur kebencian terhadap Malaysia. 

Penggodam menggelarkan diri mereka sebagai CyberStress 
( Mungkin ditubuhkan selepas kekalahan Final Sukan SEA akibat stress yang amat sangat)

Domain : http://www.indi.unimas.my/

Dan lebih mengejutkan juga bahawa sebelum ini laman berdomainkan http://www.feb.unimas.my turut pernah digodam pada september 2009



Amat memalukan tetapi itulah hakikat yang sebenar. Harap semua pihak dapat mengambil iktibar daripada kejadian ini. Web admin juga dinasihatkan supaya sentiasa meningkatkan tahap keselamatan laman web mereka supaya perkara ini tidak lagi berulang kembali.
READ MORE

Zorin OS



Entri kali ini kita akan membicarakan tentang OS terbaru iaitu Zorin. Zorin adalah Operation System (Sistem Pengoperasian) yang berbentuk seakan-akan Window tetapi pada masa yang sama ia turut diterapkan dengan beberapa ciri seakan-akan Ubuntu.

Bagi sesiapa yang sukar untuk meninggalkan Window mereka berbanding dengan penggunaan Sistem Operasi lain, tetapi pada masa yang sama masih lagi menitik-beratkan mengenai ancaman kemasukan virus kedalam komputer anda, 
Zorin adalah jawapannya.


Mengapa Saya Perlu Memilih Zorin ?

Antara faktor yang mungkin dapat mempengaruhi anda semestinya dengan kelebihan-kelebihan yang terdapat pada Zorin berbanding Window.

Risiko Kurang Mendapat Virus
Kelajuan yang lebih pantas daripada Window
Mudah untuk digunakan dan lebih bersifat mesra pengguna
Paparan papan pemuka yang disesuaikan dengan pengguna
Stabil seperti berdasarkan Sistem Operasi Linux yang teguh
Semua perisian yang anda perlukan mudah didapati
Versetai dengan bentuk yang lebih ekstrem dan menawan dengan perisian Sumber Terbuka
Boleh didapati dalam 55 bahasa tambahan tidak termasuk bahasa Autobot


Keselamatan Yang Dititik-beratkan

Pengguna selalunya lebih merisaukan akan ancaman virus dan malware. Oleh itu, dengan Sistem Operasi Zorin, anda tidak perlu risau lagi kerana Zorin mempunyai firewall bersepadu yang kukuh dalam menyimpan dan memberikan sistem tambahan kepada komputer anda. 


Senang Digunakan Dengan Destop Yang Mudah Difahami

Matlamat asal Zorin sememangnya adalah untuk memudahkan pengguna Window dalam akses seperti Linux. Disebabkan itulah Zorin telah menggabungkan beberapa ciri Linux kedalam Zorin tetapi masih lagi mengekalkan sedikit keaslian Window dalam produk mereka.

 Ini secara tidak langsung akan memudahkan pengguna Window untuk mempelajari bagaimana sistem Linux itu sendiri berfungsi. Pengguna boleh mengubah paparan Destop mereka kepada paparan Window 7 , XP dan Linux pada versi percuma dan Vista, 2000 seta Mac OS X pada versi premium.


Didatangkan Dengan Perisian Asas Tersedia

Zorin juga turut didatangkan sekali dengan perisian-perisian seperti mana juga Window. Antara yang menarik ialah OpenShort Video Editor dan juga perisian-perisian lain untuk memenuhi kerja seharian anda seperti web browser, office, rangkain sosial dan sebagainya.


Perisian Galore




Berfungsi seakan-akan Ubuntu Center atau pun ciri seakan PlayOnLinux dimana jika perisian sedia ada yang tersedia tidak memuaskan hati anda dan anda perlu menambahkannya, anda boleh menggunakan Galore Software ini sebagai pusat perisian Zorin. 


Anda boleh memuat-turun pelbagai-bagai perisian program bebas ini. Apa yang anda perlu lakukan ialah membuka Software Galore tersebut, cari perisian tambahan yang diperlukan dan muat-turunkan sahaja.



Keserasian

Hampir setiap fail yang anda gunakan dengan sistem operasi semasa anda akan berfungsi dengan sempurna di Zorin OS tanpa memerlukan persediaan tambahan. Semua dokumen-dokumen pejabat anda, muzik, video, gambar dan lain-lain boleh berfungsi di dalam Zorin OS. 

Zorin OS juga menyokong sebuah perpustakaan besar peranti seperti pencetak, pengimbas, kamera, papan kekunci. Peranti ini akan bekerja dengan seberapa segera seperti yang anda palamkan tanpa perlu untuk memasang driver tambahan.



Fleksibel 

Zorin OS memberikan pengguna lebih banyak fleksibiliti . Ia membolehkan anda menggunakan Zorin OS bersama-sama dengan sistem operasi semasa anda. Walaupun anda memasang Zorin OS ke komputer anda, anda mempunyai pilihan untuk menyimpan sistem operasi semasa anda bersama-sama Zorin OS.




Rasanya, dengan kesemua perkara yang telah disenaraikan di atas, jadi memang berbaloi sekiranya kita untuk mencubanya.
Feel The Power Of Machine.
^_^


Dipetik dan Disesuaikan Daripada Halaman Rasmi Zorin 

READ MORE


Asslamualaikum dan TAHNIAH



 Diucapkan kepada pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bawah 23 tahun kerana berjaya sekali lagi menumpaskan pasukan Indonesia dan kali ini dalam perlawanan akhir.


Terikat pada jaringan 1-1 pada masa sebenar perlawanan dan diikuti dengan masa tambahan, akhirnya kemenangan turut memihak kepada pasukan Harimau Malaya dengan penentuan sepakan penalti 5-4 (Penuh).

Harimau tidak tertidur, tetapi garuda yang kepupusan. DIULANGI 
Harimau tidak tertidur tetapi Garuda kepupusan Ok.

Gambar Hiasan Sahaja

Lagu Wonderpet Version Harimau Malaya 
( Dipetik Daripada Sumber Facebook )

Wisell.. Wisell berbunyiii…
Wisell.. kami datangg..
Wisell.. Wisell berbunyiii…
Ade haiwan dalam bahaya.. ade haiwan dalam bahaya…
Ade haiwan dalam bahaya disana..

Anak Garuda...Terpatah sayapp..
Garuda..terpatah sayapnya..disanaa..
Kesian Garuda..Matanya buta..
Matanya Buta terkena laser..

Harimau, Malaya, kami datanggg..
Membaham binatang dalam kesusahan ..
Kami tak besar dan kami tak kuat..
Bile bekerjasama kami jadi kuat…
Heyy.. Malaysia..

Apa yang sangat dikesalkan ialah tindakan para penyokong Indonesia yang seakan-akan tidak dapat menerima kekalahan pasukan Timnas mereka. Dan ternyata sikap yang sememangnya sangat sukar untuk dibendung.

Tindakan Keanak-anakan dan Tidak Bertamadun

Berikut adalah sekitar screenshot yang sempat diambil 
(maaf gambar yang kurang jelas)



Jaringan Penyamaan Malaysia Minit Ke-35


Jaringan Kemenangan Akhir Yang Sangat Menarik


Reaksi Penyokong Indonesia


No Komen

Reaksi  Yang Jelas Kecewa

Ini Penyokong Malaysia Di Perlawanan Akhir



Seperti yang diketahui ramai juga, laman-laman sesawang berdomainkan .my pasti akan menjadi sasaran kerana jika dilihat, ternyata mereka meninggalkan stadium terlebih awal lagi sebelum majlis penyampaian hadiah dilakukan. 
( Check-In di CyberCafe mungkin)


Double Attack Terhadap Laman Milik Malaysia


Apa-apa pun kita tunggu dan lihat sahaja apa kesudahannya nanti. Lupakan sejenak mengenai mereka kerana malam ini adalah malam buat semua warga Malaysia. Tahniah sekali lagi Malaysia




Proud To Be Malaysian


Opss
Yang ini no komen ok, Credit To Joker


http://umum.sukoharjokab.go.id/files/Makasi.htm
Mirror
READ MORE

Lihat pada gambar,Menurut Kisah dari Plato,disinilah terletak Benua Atlantis



Legenda yang berkisah tentang Atlantis, pertama kali ditemui dalam karangan falsafah Yunani kuno :
Dua buah catatan dialog Plato (427-347 SM) iaitu
 Critias dan Timaeus.


Pada buku Timaeus, Plato Menceritakan 

Di hadapan Selat Mainstay Haigelisi, ada sebuah pulau yang sangat besar, dari sana anda dapat pergi ke pulau lainnya, di depan pulau-pulau itu adalah seluruhnya daratan yang dikelilingi laut samudera, itu adalah kerajaan Atlantis. Ketika itu Atlantis baru akan melancarkan perang besar dengan Athena, namun di luar dugaan Atlantis tiba-tiba mengalami gempa bumi dan banjir, tidak sampai sehari semalam, tenggelam sama sekali di dasar laut. negara besar yang mempunyai peradaban tinggi itupun lenyap dalam semalam.





Satu bahagian dalam dialog buku Critias, tercatat kisah Atlantis yang dikisahkan oleh adik sepupu Critias.
Critias adalah murid dari ahli filsafat Socrates , tiga kali ia menekankan keberadaan Atlantis dalam dialog. Kisahnya berasal dari cerita lisan Joepe iaitu moyang lelaki Critias, sedangkan Joepe juga mendengarnya dari seorang penyair Yunani bernama Solon ( 639-559 SM). 


Solon adalah yang paling bijaksana di antara 7 bijak pandai Yunani kuno. Suatu ketika Solon berkeliling Mesir, dari tempat pemujaan makam leluhur mengetahui legenda Atlantis. Catatan dalam dialog, secara garis besar seperti berikut   

Ada sebuah daratan raksasa di atas Samudera Atlantik arah barat Laut Tengah yang sangat jauh, yang bangga dengan peradabannya yang menakjubkan. Ia menghasilkan emas dan perak yang tak terhitung banyaknya. Istana dikelilingi oleh tembok emas dan dipagari oleh dinding perak. Dinding tembok dalam istana bertakhtakan emas,cemerlang dan megah. Di sana, tingkat perkembangan peradabannya memukau orang. 

Memiliki pelabuhan dan kapal dengan perlengkapan yang sempurna, juga ada benda yang bisa membawa orang terbang. Kekuasaannya tidak hanya terbatas di Eropa, bahkan jauh sampai daratan Afrika. Setelah dilanda gempa dahsyat,tenggelamlah ia ke dasar laut beserta peradabannya, juga hilang dalam ingatan orang-orang.



ATLANTIS digambarkan sebagai peradaban dengan tingkat kemajuan teknologi yang tinggi. Kononnya, Pesawat Terbang, Pendingin ruangan, batu-bata, dll telah ada pada masa itu


Penyelidikan Arkeologi

Menurut perhitungan versi Plato, waktu tenggelamnya kerajaan Atlantis, kurang lebih 11 150 tahun silam. Plato pernah beberapa kali mengatakan, keadaan kerajaan Atlantis diceritakan turun-temurun. Sama sekali bukan rekaannya sendiri. Plato bahkan pergi ke Mesir minta petunjuk biksu dan rahib terkenal  pada masa itu. Guru Plato iaitu Socrates ketika membicarakan tentang kerajaan Atlantis juga menekankan, kerana hal itu adalah nyata, nilainya jauh lebih kuat dibanding kisah yang diciptakan.


Jika semua yang diutarakan Plato memang benar, maka sejak 12 000 tahun silam, manusia sudah menciptakan peradaban. Namun di manakah kerajaan Atlantis itu? Sejak ribuan tahun silam orang-orang menaruh minat yang sangat besar terhadap hal ini. Hingga abad ke-20 sejak tahun 1960-an, laut Bermuda yang terletak di bahagian barat Samudera Atlantik, di kepulauan Bahama, dan laut di sekitar kepulauan Florida pernah berturut-turut diketemukan keajaiban yang menggemparkan dunia.





Suatu hari di tahun 1968

 Kepulauan Bimini di sekitar Samudera Atlantik di gugusan Pulau Bahama, laut tenang dan bening bagaikan kaca yang terang, tembus pandang hingga ke dasar laut. Beberapa penyelam dalam perjalanan kembali ke kepulauan Bimini, tiba-tiba terkejut. Di dasar laut ada sebuah jalan besar! Beberapa penyelam secara bersamaan terjun ke bawah, ternyata memang ada sebuah jalan besar membentang tersusun dari batu raksasa. 

Itu adalah sebuah jalan besar yang dibangun dengan menggunakan batu persegi panjang dan poligon, besar kecilnya batu dan ketebalan tidak sama, namun penyusunannya sangat rapi. Adakah ini merupakan jalan kota kerajaan Atlantis?


Awal Tahun 70-an 

Sekumpulan peneliti telah tiba di sekitar kepulauan Yasuel, Samudera Atlantik. Mereka telah mengambil sampel batu karang dengan menyelam pada kedalaman 800 meter di dasar laut, atas ungkapan ilmiah, tempat itu memang benar-benar sebuah daratan pada 12 000 tahun silam. 

Kesimpulan yang ditarik atas dasar teknologi ilmu pengetahuan, begitu mirip seperti yang diceritakan Plato! Namun, apakah di sini tempat tenggelamnya kerajaan Atlantis?



Tahun 1974

Sebuah kapal peninjau laut Union Soviet telah membuat 8 lembaran foto yang jika digabungkan membentuk sebuah bangunan kuno ciptaan manusia! Apakah ini dibangunkan oleh orang Atlantis? Wallahualam.




Tahun 1979

Ilmuwan Amerika dan Perancis dengan peranti instrumen yang sangat canggih menemukan piramid di dasar laut segitiga maut laut Bermuda. Panjang piramid itu  lebih kurang  300 meter, pada ketinggian 200 meter. Puncak piramid dengan permukaan samudera hanya berjarak 100 meter, lebih besar dibanding piramida Mesir. 

Bahagian bawah piramid terdapat dua lubang raksasa, air laut dengan kecepatan yang menakjubkan mengalir di dasar lubang.

Adakah piramid besar ini, dibangun oleh orang-orang Atlantis? Pasukan kerajaan Atlantik pernah menakluki Mesir, apakah orang Atlantis membawa peradaban piramid ke Mesir? Benua Amerika juga terdapat piramid, apakah berasal dari Mesir atau berasal dari kerajaan Atlantis?


Tahun 1985

Dua kelasi Norwegia menemukan sebuah kota kuno di bawah kawasan  laut segitiga maut. Pada foto yang ditangkap oleh mereka berdua, terdapat dataran, jalan besar secara vertikal dan horizontal serta lorong, rumah beratap kubah, gelanggang perlawanan (binatang), kuil, bantaran sungai dan lain-lain lagi. 


Mereka berdua mengatakan
Pasti percaya, yang kami temui adalah Benua Atlantik!  Sama seperti yang dikatakan oleh Plato!  
Benarkah itu?

Piramid dasar laut segitiga Bermuda, berjaya diselidiki dari atas permukaan laut dengan menggunakan peralatan canggih, sehingga kini belum ada seorang pun ilmuwan dapat memastikan apakah sebuah bangunan yang benar-benar dibangun oleh tenaga manusia, sebab mungkin saja sebuah puncak gunung bawah air yang berbentuk limas.

Foto peninggalan bangunan kuno di dasar laut yang diambil pasukan ekspedisi Rusia, juga tidak dapat membuktikan di sana adalah bekas tempat kerajaan Atlantis. Setelah itu terdapat pasukan ekspedisi yang menyelam ke dasar samudera jalan batu di dasar lautan Atlantik Pulau Bimini, dan mengambil sampel jalan batu dan dilakukan penelitian laboratorium serta dianalisis.

Hasilnya menunjukkan, bahawa jalan batu ini berumur belum mencapai 10 000 tahun. Jika jalan ini dibuat oleh bangsa kerajaan Atlantis, setidak-tidaknya tidak kurang dari 10 000 tahun. Mengenai foto yang ditunjukkan dua kelasi Norwegia itu, hingga kini pun tidak dapat membuktikan apa-apa.


Satu-satunya kesimpulan tepat yang dapat diperoleh adalah benar ada sebuah daratan yang karam di dasar laut Atlantik. Jika memang benar di atas laut Atlantik pernah ada kerajaan Atlantis, dan kerajaan Atlantis memang benar tenggelam di dasar laut Atlantik, maka di dasar laut Atlantik pasti dapat ditemukan bekas-bekasnya. Hingga saat ini, kerajaan Atlantis tetap merupakan sebuah misteri sepanjang masa.

(Source : Buku Himpunan Peradaban Prasejarah)



MUSIBAH alam sentiasa dialami oleh Indonesia. Mulai dari tsunami di Aceh hingga semburan lumpur panas di Jawa Timur. Hal itu mengingatkan kita kepada peristiwa serupa di wilayah yang dikenal sebagai Benua Atlantis. Apakah ada hubungan antara Indonesia dan Atlantis?

Plato (427 - 347 SM) menyatakan bahwa puluhan ribu tahun lalu, terjadi berbagai letusan gunung berapi secara serentak, menimbulkan gempa,pencairan ais, dan banjir. Peristiwa itu mengakibatkan sebahagian permukaan bumi tenggelam. Bahagian itulah yang disebutnya benua yang hilang atau Atlantis.


 Penelitian teliti yang dilakukan oleh Aryso Santos, menegaskan bahawa Atlantis itu adalah wilayah yang sekarang disebut Indonesia. Setelah melakukan penelitian selama 30 tahun, beliau menghasilkan buku Atlantis :

The Lost Continent Finally Found 
The Definitifve Localization of Plato’s Lost Civilization (2005) 

Santos menampilkan 33 perbandingan, seperti luas wilayah, cuaca, kekayaan alam, gunung berapi, dan cara bertani, yang akhirnya menyimpulkan bahawa Atlantis itu adalah Indonesia. 

Sistem terasisasi sawah yang khas di Indonesia, menurutnya ialah, bentuk yang diadaptasi oleh Candi Borobudur, Piramid di Mesir, dan bangunan kuno Aztec di Meksiko. 



Bersambung..

Link



READ MORE



Segi Tiga Bermuda, juga dikenali sebagai Segi Tiga Syaitan "Devil", merupakan kawasan di barat laut Lautan Atlantik di mana sejumlah kapal terbang dan kapal telah hilang dalam apa yang dikatakan sebagai keadaan yang melampaui sempadan kesilapan manusia atau akibat matapetaka semula jadi. 

Sesetengah kehilangan tersebut telah dikaitkan dengan paranormal, penggantungan hukum fizik, atau aktiviti oleh makhluk asing oleh budaya popular.  Sungguhpun terdapat banyak dokumen yang menunjukkan kebanyakan kejadian telah disalah lapor atau ditokok tambah oleh pengarang berikutnya, dan kebanyakan agensi rasmi telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa jumlah kehilangan tidak dianggap menonjol menurut anggaran mereka, kebanyakan kehilangan kekal tidak dijelaskan sungguhpun penyiasatan mendalam dilakukan mengenainya



Kawasan segi tiga

   Sesetengah menyatakan bentuknya menyerupai trapezium menyelitupi Selat Florida, Bahamas, dan keseluruhan pulau Caribbean timur Azores, yang lain menambah Teluk Mexico kepadanya. Sempadan segi tiga yang lebih biasa ditulis dalam buku mempunyai titik sempadannya di pantai Florida Lautan Atlantik; San Juan, Puerto Rico; dan pulau Bermuda tengah Atlantik, dengan kebanyakan kejadian tertumpu kepada sempadan selatan sekitar Bahamas dan Selat Florida.

Kawasan ini merupakan salah satu laluan perkapalan yang tersibuk di dunia, dengan kapal melintasinya setiap hari untuk ke pelabuhan di Amerika, Eropah, dan Kepulauan Caribbean. Kapal pelancongan turut banyak tersedia, dan kenderaan rehlah sering berulang-alik antara Florida dan kepulauan tersebut. Ianya merupakan laluan yang paling banyak dilalui oleh kapal terbang persendirian mahupun perdagangan yang menghala ke arah Florida, Caribbean, dan Amerika Selatan dari titik utara.


Arus lautan Arus Teluk mengalir melalui Segi tiga Bermuda selepas meninggalkan Teluk Mexico; arusnya sekuat lima hingga enam knot mungkin memainkan peranan dalam beberapa kehilangan. Ribut mengejut mampu dan pernah muncul, dan pada musim panas sehingga akhir musim luruh kadang-kala hurikan menghentam kawasan tersebut. Gabungan antara laluan laut sibuk dengan cuaca tidak menentu menjadikannya tidak mustahil kapal mampu karam dalam ribut dan tenggelam tanpa sebarang kesan – terutama sebelum teknologi komunikasi, radar, dan satelit dipertingkatkan pada akhir abad ke-20



Sejarah cerita segi tiga Bermuda

Menurut pengarang segi tiga Bermuda, Christopher Columbus merupakan orang pertama merekodkan sesuatu yang ganjil dalam Segi tiga Bermuda, melaporkan bahawa dia dan anak kapalnya melihat "cahaya pelik menari-nari di kaki langit", api di langit, dan pada titik lain dia menulis mengenai bacaan kompas luar biasa di kawasan tersebut. Dalam buku lognya, bertarikh 11 Oktober 1492 dia menulis :

Seorang anak kapal telah ternampak tanah itu (Rodrigo de Triana), walaupun laksamananya pada pukul sepuluh petang itu sedang berdiri di biliknya (quarter-deck) nampak satu cahaya, tetapi sangat kecil satu benda yang beliau tidak dapat memastikan itu adalah tanah; memanggil Pero Gutiérrez (groom of the King's wardrobe) ia memberitahu Pero tentang cahaya yang dilihatnya, kemudian mengarahkan pandangan Pero ke arah cahaya itu, yang mana Pero juga telah terlihat; Pero kemudian membuat perkara yang sama kepada Rodrigo Sánchez of Segovia, yang telah di hantar oleh Raja dan Permaisuri bersama dengan skuadron, sebagai 'comptroller', tetapi dia tidak dapat melihatnya. Laksamana kemudian mengesahkan apa yang dilihatnye satu atau dua kali lagi, yang nampak seperti cahaya dari lilin bergerak ke atas dan ke bawah, yang mana sesetengah orang berpendapat ianya datang dari daratan. Laksamana bagaimanapun pasti yang kawasan daratan itu sudah hampir.


Penyelidik moden telah memeriksa buku log asal telah mengandaikan bahawa cahaya yang dilihatnya adalah api memasak orang asli Taino dalam kanoe mereka atau di pantai; bacaan kompas adalah akibat bacaan salah berdasarkan pergerakan bintang.

Rencana pertama mengenai lagenda segitiga bermuda mula muncul dalam akhbar ditulis oleh E.V.W. Jones pada 16 September 1950, melalui Associated Press. Dua tahun berikutnya, majalah Fate menerbitkan rencana pendek "Sea Mystery At Our Back Door" oleh George X. Sand pada isu Oktober 1952 mengenai kehilangan beberapa kapal terbang dan kapal, termasuk kehilangan Flight 19, sekumpulan lima kapal terbang pengebom Tentera laut Amerika Syarikat TBM Avenger dalam misi latihan. Rencana Sand adalah yang pertama meletakkan segi tiga yang kini biasa dilihat di mana kehilangan berlaku. 

Flight 19 sahaja dilapor dalam isu April 1962 Majalah American Legion. Rencana bertajuk "The Lost Patrol", oleh Allen W. Eckert, dan dalam ceritanya ia didakwa bahawa ketua penerbangan didengari berkata 

"We are entering white water, nothing seems right. We don't know where we are, the water is green, no white." It was also claimed that officials at the Navy board of inquiry stated that the planes "flew off to Mars." "The Lost Patrol" was the first to connect the supernatural to Flight 19, but it would take another author, Vincent Gaddis, writing in the February 1964 Argosy Magazine to take Flight 19 together with other mysterious disappearances and place it under the umbrella of a new catchy name: "The Deadly Bermuda Triangle" he would build on that article with a more detailed book, Invisible Horizons, the next year. Others would follow with their own works: John Wallace Spencer (Limbo of the Lost, 1969) Charles Berlitz (The Bermuda Triangle, 1974) Richard Winer (The Devil's Triangle, 1974), and many others, all keeping to some of the same supernatural elements outlined 
by Ecker



Penjelasan Kusche

Lawrence David Kusche, seorang penyelidik perpustakaan dari Universiti Negeri Arizona dan pengarang The Bermuda Triangle Mystery: Solved (1975) mencabar trend ini. Penyelidikan Kusche mendedahkan ketidaktepatan dan percanggahan antara kisah Berlitz dan kenyataan dari saksi, peserta, dan yang lain yang terbabit dalam kejadian asal. Dia mendapati bahawa di mana maklumat berkenaan tidak dilaporkan, seperti kehilangan pelayar mengelilingi duniaDonald Crowhurst, yang Berlitz bentangkan sebagai misteri, sungguhpun bukti jelas yang sebaliknya. 

Satu contoh lain adalah pengangkut bijih yang didakwa Berlitz sebagai hilang tanpa jejak tiga hari dari pelabuhan Atlantik apabila ia dilaporkan hilang selepas tiga hari dari pelabuhan yang sama nama di Lautan Pasifik. Kusche turut mendakwa bahawa peratusan besar dari kejadian yang mencetus pengaruh misteri Segi tiga sebenarnya berlaku jauh dari tempat itu. Sering kali penyelidikannya amat mudah: dia hanya meneliti akhbar masa itu dan melihat fakta seperti lapuran cuaca yang tidak pernah disebut dalam cerita tersebut.


Kusche membuat beberapa kesimpulan :

Jumlah kapal dan kapal terbang yang dilaporkan hilang di kawasan tersebut tidak terlebih besar, secara bandingan, dengan tempat lain di lautan.
Di kawasan sering dilanda ribut tropika, jumlah kehilangan yang berlaku di situ, bagi kebanyakan masa, tidak melampau, tidak bermistri, tambahan lagi Berlitz dan penulis lain sering kali gagal melaporkan ribut sedemikian.
Jumlah yang dilaporkan juga dibesar-besarkan oleh penyelidikan tidak teliti. Bot yang dilaporkan sebagai hilang, tetapi akhirnya (sungguhpun lambat) kembali ke pelabuhan mungkin tidak dilaporkan.

Sesetengah kehiangan sebenarnya, tidak pernah berlaku. Satu kemalangan kapal terbang terhempas yang dikatakan berlaku pada 1937 di Pantai Daytona, Florida, di hadapan beratus-ratus saksi; pemeriksaan dengan akhbar tempatan tidak mebuah hasil.


Kusche Membuat Kesimpulan Bahawa :

Lagenda Segi tiga Bermuda adalah misteri buatan .. yang diteruskan oleh penulis yang secara sengaja atau tidak sengaja menggunakan salah faham, kesimpulan salah (faulty reasoning), dan sensationalism.



Pendapat Lain

Syarikat insuran laut Lloyd dari London telah menentukan bahawa Segi tiga Bermuda tidak lebih bahaya berbanding kawasan laut lain, dan tidak mengenakan kadar bayaran lebih bagi laluan kawasan tersebut. Rekod Pengawal Pantai Amerika Syarikat mengesahkan keputusan mereka. Malah, jumlah yang dikatakan hilang tidak penting berbanding jumlah kapal dan kapal terbang yang melalui kawasan tersebut secara tetap.

Pengawal Pantai secara rasminya menolak kepercayaan mengenai Segi tiga Bermuda, mengambil kira bahawa mereka mengumpul dan menerbitkan, melalui penyelidikan mereka, banyak dokumentasi menafikan kebanyakan kejadian yang ditulis mengenai penulis Segi tiga Bermuda. Salah satu kejadian seumpamanya membabitkan letupan 1972 dan tenggelamnya kapal tangki V.A. Fogg di Teluk Mexico, Pengawal Pantai merakamkan kapal pecah dan mengambil beberapa mayat sungguhpun salah seorang pengarang segi tiga Bermuda mendakwa semua mayat hilang kecuali kapten, yang dijumpai di kabin masih memegang cawan kopi (Limbo of the Lost oleh John Wallace Spencer, edisi 1973).

Penyelidik yang mempertikai, seperti Ernest Taves dan Barry Singer, telah memberi perhatian bahawa misteri dan paranormal amat popular dan menguntungkan. Ini telah mendorong kepada pengeluaran sejumlah besar bahan mengenai topik tersebut seperti segi tiga Bermuda. Mereka mampu menunjukkan bahawa sesetengah bahan menyokong-paranormal sering kali mengeliru dan tidak tepat, tetapi ia masih tetap dipasarkan. Mereka dengan itu mendakwa bahawa pasaran condong kepada buku, TV khas, dsb. yang menyokong misteri Segi tiga dan menentang bahan penyelidikan terperinci sekiranya ia membawa sudut pandangan skeptik mengenainya



Penjelasan Semulajadi

Hidrat Metana

Penjelasan mengenai sesetengah kehilangan telah tertumpu kepada kewujudan sejumlah besar medan hidrat metana pada tebing benua. Ujian makmal yang dilakukan di Australia telah membuktikan bahawa buih sebenarnya mampu menenggelamkan model kapal berskala dengan mengurangkan ketumpatan air dan sebarang sampah yang timbul ke permukaan akan disebarkan dengan pantas oleh Arus Teluk. 

Ia telah dinyatakan secara hipotesis bahawa letupan metana berkala (kadang kala dikenali sebagai "gunung berapi lumpur") mungkin menghasilkan kawasan air berbuih yang tidak lagi mampu memberikan apungan yang mencukupi bagi kapal. Sekiranya ini berlaku, kawasan sedemikian yang terbentuk pada sekeliling kapal, mampu menenggelamkannya dengan pantas dan tanpa memberi apa-apa sebarang petanda.
Kapal terbang juga terdedah kepada sebarang perlepasan metana yang luar biasa. Sungguhpun metana adalah lebih ringan berbanding air, namun altimeter kapal terbang yang melalui kawasan itu tidak akan berfungsi baik, walaupun bacaannya menunjukkan bahawa kapal terbang itu lebih tinggi dari yang sebenarnya, menyebabkan timbul masalah pandu arah. 
(Altimeter mengukur tekanan, bukannya kepadatan udara.)

Satu kertas putih telah diterbitkan pada tahun 1981 oleh Kajian Geologi Amerika Syarikat berkenaan kemunculan hidrat di kawasan Blake Ridge, di luar pantai tenggara Amerika Syarikat.[13] Bagaimanapun, berdasarkan laman web Kajian Geologi A.S, dipercayai tiada kejadian pelepasan besar-besaran gas hidrat telah berlaku di Segi Tiga Bermuda sejak 15,000 tahun yang lalu



Variasi kompas

Masalah kompas merupakan salah satu masalah yang disebut-sebut dalam kebanyakan kejadian di Segi Tiga Bermuda. Sesetengah penyelidik mencadangkan teori bahawa terdapat kepelikan magnetik tempatan di kawasan tersebut, bagaimanapun ia belum dibuktikan.

Hurikan

Hurikan adalah ribut yang amat kuat yang berasal dari Atlantik berhampiran khatulistiwa, dan berdasarkan sejarah telah bertanggung jawab bagi kehilangan beribu-ribu nyawa dan kerosakan bernilai berbilion dolar. Penengelaman armada Sepanyol Francisco de Bobadilla pada 1502 merupakan rekod pertama mengenai kemusnahan hurikan. Pada 1988, Hurikan Gilbert, salah satu hurikan paling kuat dalam sejarah, memundurkan ekonomi Jamaika selama tiga tahun. [perlu rujukan] Ribut ini pada masa lalu menyebabkan beberapa peristiwa yang berkait dengan Segi Tiga Bermuda.



Arus Teluk

Arus teluk merupakan arus laut yang berasal dari Teluk Mexico, dan merentasi Selat Florida, ke lautan Atlantik Utara. Pada asasnya, ia merupakan sungai di laut, dan sebagaimana sungai lain, ia mampu dan membawa objek terapung. Kapal terbang kecil yang mendarat di air atau bot yang mengalami kerosakan enjin akan di bawa lari dari kedudukan dilapurkannya oleh arus, sebagaimana yang berlaku kepada kruiser kabin (cabin cruiser) Witchcraft pada 22 Disember 1967, apabila ia melaporkan kerosakan enjin berhampiran boya penanda satu batu (1.6 km) dari pantai Miami , tetapi tidak kelihatan apabila bot Pengawal Pantai tiba di sana.

Ombak gadang

Ombak gadang (oceanografi)
Ombak amat besar mampu muncul secara rawak walaupun semasa laut tenang. Salah satu ombak gadang menyebabkan Ocean Ranger, sebuah pelantar minyak persisiran terbesar, terbalik pada 1982. Bagaimanapun, tidak terdapat sebarang sebab bagi ombak gadang berlaku lebih kerap di Segi Tiga Bermuda, dan penjelasan ini tidak menjelaskan misteri kehilangan kapal terbang.




Perbuatan manusia

Kesilapan manusia

Satu daripada alasan rasmi yang popular mengenai kehilangan kapal terbang atau kapal laut adalah disebabkan oleh kesilapan manusia. Sama ada disengajakan atau tidak, kesilapan manusia dikenal pasti sebagai penyebab kemalangan dan kehilangan yang dilaporkan di Segi Tiga Bermuda. 

Sebagai contoh, kesilapan manusia dikenal pasti sebagai punca kehilangan kapal tangki V.A. Fogg pada tahun 1972. Kedegilan juga menyebabkan ahli perniagaan Harvey Conover kehilangan kapal layarnya Revonoc ketika dia belajar dalam keadaan ribut di Florida pada 1 Januari 1958. Adalah diingatkan bahawa sebab-sebab kehilangan tidak dapat dijelaskan kerana bangkai kapal yang hilang tidak dijumpai untuk dikaji.



Tindakan Kemusnahan Yang Disengajakan

Perkara ini jatuh dalam dua kategori: perbuatan kerana perang, dan perbuatan lanun. Rekod-rekod berkenaan banyak kehilangan orang di dalam fail-fail musuh Amerika Syarikat telah diperiksa, sedangkan banyak penenggelaman telah dikatakan disebabkan oleh penyerang permukaan atau kapal selam semasa Perang Dunia dan didokumenkan di dalam buku log perintah, banyak yang lain yang disyaki termasuk dalam kategori itu masih tidak dapat dibuktikan; kehilangan USS Cyclops pada 1918 serta kapal-kapal saudaranya, Proteus dan Nereus, dalam Perang Dunia II disyaki ditenggelami oleh kapal selam tetapi sebarang hubungan itu tidak dapat dijumpai dalam rekod Jerman.

Melanun, sebagaimana ditakrifkan sebagai merampas kapal atau perahu di laut lepas, ialah suatu kejadian yang masih berlaku. Sedangkan melanun untuk merampas kargo adalah jauh lebih biasa di Lautan Pasifik dan Lautan India, penyeludup dadah juga merampas lancang peranginan untuk menjalankan kegiatan penyeludupan mereka dan mungkin terlibat dalam sesetengah kehilangan sekoci dan anak kapal di Laut Caribbean. Di Caribbean, kegiatan melanun merupakan suatu kegiatan yang biasa dari sekitar 1560 hingga 1760-an, dengan Edward Teach (Blackbeard) dan Jean Lafitte merupakan antara lanun yang termasyhur di laut itu dari segi sejarah. Lafitte kekadang juga dikatakan sendiri merupakan mangsa Segi Tiga.

Satu bentuk melanun yang lain dijalankan di darat. Lanun di pantai akan memancar cahaya untuk menunjukkan arah yang salah kepada kapal-kapal untuk mengakibatkan nahas kapal lalu merampas kargonya. Adalah mungkin juga bahawa lanun tersebut akan membunuh mana-mana anak kapal yang membantah. Nags Head, Carolina Utara, dinamai sempena amalan lanun untuk menggantung lantera pada kepala kuda yang kedua-dua belah kakinya diikat supaya kuda itu tidak lari semasa berjalan di pantai.



Teori popular

Para penulis mengenai Segi Tiga banyak menggunakan teori kuasa ghaib untuk menjelaskan perkara yang terjadi. Satu teori menyalahkan peninggalan teknologi dari benua yang hilang iaitu Atlantis. Teori ini dikaitkan dengan batu timbul yang dikenali sebagai Jalan Bimini berdekatan dengan pulau Bimini di Bahamas, yang kebetulan terletak di dalam segi tiga mengikut pendapat sesetengah orang. Pengikut ahli psikik bernama Edgar Cayce mengatakan bukti kewujudan Atlantis ditemui pada tahun 1968 atau 1969 yang merujuk kepada penemuan Jalan Bimini. 

Mereka percaya kewujudan batu ini sebagai jalan, benteng atau struktur lain, walaupun ahli geologi menganggapnya sebagai satu fenomena semulajadi.
Mereka yang lain pula mengaitkan kehilangan kapal dengan UFO. Idea ini digunakan oleh Steven Spielberg dalam filemnya Close Encounters of the Third Kind yang menggambarkan kehilangan Penerbangan 19 dengan penculikan makhluk asing.
Charles Berlitz, cucu kepada seorang ahli linguistik dan penulis buku fenomena beranomali, berpendapat kehilangan di Segi Tiga disebabkan oleh kuasa ghaib yang tidak dapat dijelaskan.



Flight 19

Flight 19 merupakan penerbangan latihan yang menggunakan pesawat pengebom TBM Avenger yang telah hilang pada 5 Disember, 1945 di atas perairan Lautan Atlantik. Mengikut tanggapan, penerbangan ini telah menempuh fenomena luar biasa dan bacaan-bacaan kompas yang janggal. Penerbangan ini dilakukan pada hari tenang dengan diketuai oleh seorang juruterbang yang berpengalaman, Lt. Charles Carroll Taylor.

 Tambah membingungkan, laporan pihak tentera laut berkenaan kemalangan ini dianggap "disebabkan atau punca tidak diketahui". Dipercayai, ibu Lt. Taylor mahu menyelamatkan reputasi anak lelakinya, jadi beliau telah membuat mereka menulis "punca-punca tidak diketahui" apabila sebenarnya Lt. Charles berada 50 km ke arah barat laut di mana beliau percaya kedudukan beliau pada ketika itu. 

Meskipun fakta-fakta asas versi cerita ini adalah sebenarnya tepat, beberapa perincian-perincian penting telah hilang. Cuaca mula bergelora di penghujung kejadian; hanya Taylor yang memiliki banyak pengalaman dalam penerbangan, akan tetapi beliau tidak biasa dengan kawasan selatan Florida dan memiliki sejarah sesat semasa dalam penerbangan, perkara ini berlaku sebanyak tiga kali semasa Perang Dunia II, dan terpaksa mendaratkan pesawatnya di air sebanyak dua kali; dan laporan dan rakaman bertulis pihak tentera laut berkenaan dengan perbualan di antara Taylor dan juruterbang-juruterbang lain dalam Flight 19 tidak membayangkan sebarang masalah magnetik.


Mary Celeste

Misteri peninggalan Mary Celeste pada 1872 sering kali dikaitkan dengan Segi tiga Bermuda tetapi ini tidak tepat kerana kapal ini ditinggalkan di persisiran Portugis. Banyak teori telah dikemukakan sepanjang tahun berlalu bagi menjelaskan peninggalan kapal, termasuk wasap alkohol dari kargo dan penipuan insuran. Kejaidan ini kemungkinannya dikelirukan dengan penenggelaman kapal yang nama serupa, Mari Celeste, di persisiran Bermuda pada 13 September 1864, yang disebut dalam buku Bermuda Shipwrecks oleh Dan Berg.


USS Cyclops

Kemalangan ini menyebabkan kehilangan jiwa yang terbesar dalam sejarah Tentera Laut A.S yang tidak berhubung kait dengan peperangan. Ia bermula apabila USS Cyclops dibawah arahan Lieutenant Commander G. W. Worley, hilang tanpa dapat dikesan bersama kira-kira 306 anak kapal pada 4 Mac 1918, selepas berlayar daripada Pulau Barbados. Teori kemungkinan ribut, karam dan aktiviti musuh mungkin menyebabkan peristiwa ini



Theodosia Burr Alston

Theodosia Burr Alston adalah anak kepada bekas Timbalan Presiden Amerika Syarikat Aaron Burr. Kehilangan beliau telah disebut sekali berkait dengan Segi Tiga Bermuda, di dalam The Bermuda Triangle oleh Adi-Kent Thomas Jeffrey (1975). Beliau adalah seorang penumpang kapal Patriot, yang berlayar dari Charleston, South Carolina ke New York City pada December 30, 1812, dan tidak lagi kedengaran selepas itu. Kegiatan lanun dan Perang 1812 dikaitkan sebagai penjelasan, juga teori yang mengatakan beliau ditempatkan di Texas, di luar daripada Segi Tiga Bermuda.



Spray

Kemahiran Kapten Joshua Slocum sebagai pelaut tidak dapat dipertikaikan lagi. Dia merupakan orang pertama berlayar mengelilingi dunia seorang diri. pada 1909, dalam botnya kapal layar Spray dia mengambil haluan yang membawanya merentasi Caribbean ke Venezuela. Dia lenyap,  tidak terdapat bukti langsung dia pernah berada dalam Segi tiga Bermuda apabila Spray hilang. 

Ia dipercayai bahawa dia dilanggar oleh kapal wap atau dihentam paus, dan Spray merupakan bot yang terlalu baik dan Slocum merupakan pelayar yang terlalu berpengalaman bagi punca lain untuk dianggap berlaku, dan pada 1924 dia secara rasmi diistiharkan sebagai mati. Sungguhpun misteri, tidak terdapat sebarang bukti bagi, atau menyangkal, aktiviti paranormal.

Douglas DC-3

Pada 28 Disember, 1948, sebuah pesawat Douglas DC-3 bernombor NC16002, telah hilang semasa dalam penerbangan daripada San Juan, Puerto Rico ke Miami. Tiada kesan pesawat atau 32 orang penumpang di atas kapal pernah dijumpai. Berdasarkan dokumen yang disusun oleh penyiasatan Badan Penerbangan Awam, kunci pada kemungkinan kehilangan pesawat telah dijumpai, tetapi jarang disentuh oleh penulis-penulis Segi Tiga Bermuda: 

Bateri pesawat telah diperiksa dan didapati memiliki cas yang rendah, tetapi ia telah diperintahkan dipasang semula pada pesawat tanpa dicas semula oleh juruterbang semasa berada di San Juan. 


SS Marine Sulphur Queen

SS Marine Sulphur Queen, kapal tangki T2 yang diubah suai dari pembawa minyak kepada pembawa belerang, kali terakhir dihubungi pada 4 Februari 1963 dengan anak kapal seramai 39 berhampiran Florida Keys. Marine Sulphur Queen merupakan kapal pertama disebut dalam Vincent Gaddis' 1964 rencana Argosy majalah, tetapi ia mengatakannya sebagai "belayar ketempat yang tidak diketahui", sungguhpun laporan Pengawal Pantai yang tidak hanya merekodkan sejarah penyelanggaraan kapal yang buruk, tetapi mengistiharkannya sebagai kapal yang tidak sesuai di laut dan tidak sepatutnya dibenarkan berlayar.



Raifuku Maru

Salah satu kejadian yang paling terkenal di Segi Tiga Bermuda berlaku pada tahun 1921 (beberapa pendapat mengatakan beberapa tahun selepas itu), apabila sebuah kapal Jepun Raifuku Maru (kadang kala disalah erti sebagai Raikuke Maru) went down with all hands selepas menghantar isyarat meminta bantuan yang berbunyi "Bahaya seperti pisau belati sekarang. Datang cepat!", atau "Ia seperti pisau belati, datang cepat!". 

Ini telah menyebabkan para penulis membuat spekulasi berkenaan perkataan "dagger", with a waterspout being the likely candidate (Winer). Dalam realitinya, kapal ini bukan berada berdekatan Segi Tiga Bermuda, dan perkataan "pisau belati" bukan merupakan sebahagian daripada panggilan meminta bantuan kapal ("Sekarang sangat bahaya. Datang cepat.") telah belayar daripada Boston menuju ke Hamburg, Jerman pada 21 April, 1925, kapal ini terperangkap dalam ribut teruk dan tenggelam di Atlantik Utara dengan kesemua anak kapalnya sementara sebuah kapal lain, RMS Homeric, telah mencuba melakukan usaha penyelamatan tetapi tidak berjaya.




Sumber Wikipedia : 
Update By Write Down Here 
Credit To Qalilah Paudzi
READ MORE