Root Js

powered by
Socialbar

Zorin OS



Entri kali ini kita akan membicarakan tentang OS terbaru iaitu Zorin. Zorin adalah Operation System (Sistem Pengoperasian) yang berbentuk seakan-akan Window tetapi pada masa yang sama ia turut diterapkan dengan beberapa ciri seakan-akan Ubuntu.

Bagi sesiapa yang sukar untuk meninggalkan Window mereka berbanding dengan penggunaan Sistem Operasi lain, tetapi pada masa yang sama masih lagi menitik-beratkan mengenai ancaman kemasukan virus kedalam komputer anda, 
Zorin adalah jawapannya.


Mengapa Saya Perlu Memilih Zorin ?

Antara faktor yang mungkin dapat mempengaruhi anda semestinya dengan kelebihan-kelebihan yang terdapat pada Zorin berbanding Window.

Risiko Kurang Mendapat Virus
Kelajuan yang lebih pantas daripada Window
Mudah untuk digunakan dan lebih bersifat mesra pengguna
Paparan papan pemuka yang disesuaikan dengan pengguna
Stabil seperti berdasarkan Sistem Operasi Linux yang teguh
Semua perisian yang anda perlukan mudah didapati
Versetai dengan bentuk yang lebih ekstrem dan menawan dengan perisian Sumber Terbuka
Boleh didapati dalam 55 bahasa tambahan tidak termasuk bahasa Autobot


Keselamatan Yang Dititik-beratkan

Pengguna selalunya lebih merisaukan akan ancaman virus dan malware. Oleh itu, dengan Sistem Operasi Zorin, anda tidak perlu risau lagi kerana Zorin mempunyai firewall bersepadu yang kukuh dalam menyimpan dan memberikan sistem tambahan kepada komputer anda. 


Senang Digunakan Dengan Destop Yang Mudah Difahami

Matlamat asal Zorin sememangnya adalah untuk memudahkan pengguna Window dalam akses seperti Linux. Disebabkan itulah Zorin telah menggabungkan beberapa ciri Linux kedalam Zorin tetapi masih lagi mengekalkan sedikit keaslian Window dalam produk mereka.

 Ini secara tidak langsung akan memudahkan pengguna Window untuk mempelajari bagaimana sistem Linux itu sendiri berfungsi. Pengguna boleh mengubah paparan Destop mereka kepada paparan Window 7 , XP dan Linux pada versi percuma dan Vista, 2000 seta Mac OS X pada versi premium.


Didatangkan Dengan Perisian Asas Tersedia

Zorin juga turut didatangkan sekali dengan perisian-perisian seperti mana juga Window. Antara yang menarik ialah OpenShort Video Editor dan juga perisian-perisian lain untuk memenuhi kerja seharian anda seperti web browser, office, rangkain sosial dan sebagainya.


Perisian Galore




Berfungsi seakan-akan Ubuntu Center atau pun ciri seakan PlayOnLinux dimana jika perisian sedia ada yang tersedia tidak memuaskan hati anda dan anda perlu menambahkannya, anda boleh menggunakan Galore Software ini sebagai pusat perisian Zorin. 


Anda boleh memuat-turun pelbagai-bagai perisian program bebas ini. Apa yang anda perlu lakukan ialah membuka Software Galore tersebut, cari perisian tambahan yang diperlukan dan muat-turunkan sahaja.



Keserasian

Hampir setiap fail yang anda gunakan dengan sistem operasi semasa anda akan berfungsi dengan sempurna di Zorin OS tanpa memerlukan persediaan tambahan. Semua dokumen-dokumen pejabat anda, muzik, video, gambar dan lain-lain boleh berfungsi di dalam Zorin OS. 

Zorin OS juga menyokong sebuah perpustakaan besar peranti seperti pencetak, pengimbas, kamera, papan kekunci. Peranti ini akan bekerja dengan seberapa segera seperti yang anda palamkan tanpa perlu untuk memasang driver tambahan.



Fleksibel 

Zorin OS memberikan pengguna lebih banyak fleksibiliti . Ia membolehkan anda menggunakan Zorin OS bersama-sama dengan sistem operasi semasa anda. Walaupun anda memasang Zorin OS ke komputer anda, anda mempunyai pilihan untuk menyimpan sistem operasi semasa anda bersama-sama Zorin OS.




Rasanya, dengan kesemua perkara yang telah disenaraikan di atas, jadi memang berbaloi sekiranya kita untuk mencubanya.
Feel The Power Of Machine.
^_^


Dipetik dan Disesuaikan Daripada Halaman Rasmi Zorin 

3 ulasan:

muyyaQ™ said...

mane link downloadnye ..

BRMCX said...

google jgn mlz
haha
saje mlz nk letak..
htt://www.zorin-os.com

Aqmil Lambung said...

suke-suke!!

Post a Comment

Please Do Not Spam Here Moron. Everyone Welcome Here.