Root Js

powered by
Socialbar

Assalamualaikum semua. Pagi-pagi buta ini aku nk share satu cerita yang mungkin semua sudah tahu atau sebaliknya So mari layan.

Pada waktu dahulu,ada satu bangsa yang paling bijaksana dan paling kejam di atas muka bumi ini. Bagi mengenal pasti bangsa tersebut, Allah SWT telah mengutuskan 2 drpd 8 malaikat yg memegang kusi-Nya iaitu Jibrail. Jibrail lantas turun ke bumi dan menyamar sbg seorang lelaki muda dan bertanya kepada setiap bangsa yang dijumpainya dengan soalan "Dimanalah Malaikat Jibrail berada sekarang"?

 Namun semua bangsa yang ditemuinya gagal menjawab dengan betul.
Ketika di benua Atlantis,Malaikat Jibrail bertemu dengan seorang budak lelaki dalam lingkungan usia 10 tahun yang sedang seronok mandi di sungai (macam Aini Ahmad mse reunion rye ri2 kot..smpai lemas2...)Lantas Jibrail bertanya kepada budak itu, "Salam,di negeri ini siapakah yg paling bijaksana sekali?" "Salam,Zanun" katanya

"Bolehkah tunjukkan dimana saya boleh berjumpa dengannya?"
 "Ada apa urusan saudara ingin berjumpa dengannya?"

"Saya ingin bertanya dimanakah Malaikat Jibrail berada sekarang"
"Kalau setakat ingin bertanya dimanakah Malaikat Jibrail berada sekarang,tidak perlulah bertanya kepada Zanun. Seluruh penduduk Atlantis tahu di mana Malaikat Jibrail berada" Jawab budak tersebut..

  "Kalau begitu baiklah,saya bertanya kepada kamu,di manakah Malaikat Jibrail berada sekarang?"
 Lalu budak itu memandang ke langit lalu berkata, "Oh,Malaikat Jibrail tiada di langit", ia memandang air sungai yang mengalir, "Oh,Malaikat Jibrail tiada di dalam air" dan seterusnya memandang tepat ke muka pemuda di hadapannya dan berkata, "awaklah Malaikat Jibrail itu"

Setelah memberikan salam,Malaikat Jibrail naik ke langit untuk mempersembahkan penemuannya kepada Allah SWT lalu Allah SWT menenggelamkan benua Atlantis.

Kenapa orang Atlantis begitu begitu pandai sekali? 
Jawapan itu ada sekarang ini..AL-QURAN. Al-Quran adalah punca kepada semua ilmu dan asal punca kepada segala penemuan umat Islam. Sepatutnya kita sebagai umat Islam ni la yang menguasai dan mendominasikan penemuan mengenai ilmu berkaitan graviti dan cahaya. Tapi,semenjak Islam lemah tiada lagi penemuan baru yang dicatatkan.

Sebagai contoh,hukum cahaya disebut sebagai Tafra ada lima setakat ini. Tapi hukum cahaya yang berjaya ditemui oleh kita setakat ini baru satu iaitu cahaya bergerak lurus. Tetapi bagi orang Atlantis,mereka berjaya menguasai hukum Tafra sehingga ke tahap yang kedua sehingga menyebabkan mereka mempunyai pandangan yang istimewa yang mampu menembusi langit kedua.

Bagi mereka yang mengetahui kelima-lima hukum Tafra ini,mereka boleh menghablur dan menjelma semula selagi cahaya masih sampai. Sahabat Nabi Sulaiman, Al-Qundi memindahkan Istana Balqis menggunakan kaedah ini. Tetapi dia mendapat ilmu ini ketika Tuhan Mizan (semua planet tersusun dalam satu garisan lurus) , ketika ini Allah SWT  akan membuka 1 atau 2 daripada rahsiaNya.

Ada juga beberapa wali Allah yang mendapat ilmu ini daripada Al-Quran rasanya salah seorangnya Ibnu Arrabi. Waallahualam..

Jadi kita sebagai umat dan orang Islam sepatutnya sentiasa mengambil kesempatan untuk sentiasa mendalami ilmu Al-Quran. Aku berpesan kepada semua dan diriku juga. Untuk pengatahuan umum,satu tempat dimana cahaya tidak boleh sampai ialah sudut di bahagian angkasa yang disebut lubang hitam atau The Black Hole. Malaikat diciptakan daripada cahaya,jadi dikatakan malaikat juga tidak mampu untuk sampai ke sana. Bidang astronomi angkasa lepas sangat menarik untuk dikaji. Tiada rugi untuk kita sama-sama mendalaminya. Astronomi dan ilmu berkaitan angkasa lepas adalah topik yang paling aku suka baca dan belajar. Jangan bayangkan seluas mana luasnya ruangan angkasa kita ini kerana kita tidak mampu untuk membayangkan keluasannnya. Jika kita mampu untuk begerak sepantas cahaya,belum tentu untuk kita sampai ke hujungnya.  

Bagaimana pula jika kita dapat menguasai kelima-lima Hukum Tafra tersebut? Anda jawab




Wallahualam..

0 ulasan:

Post a Comment

Please Do Not Spam Here Moron. Everyone Welcome Here.