Root Js

powered by
Socialbar

UNIMAS Hacked

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera

Laman web UNIMAS atau pun Universiti Malaysia Sarawak sepertinya kelihatan telah digodam oleh penggodam dari Indonesia.

Tidak dipastikan masa dan waktu sebenar ia digodam tetapi semasa artikel ini ditulis, laman berkenaan masih lagi mempunyai jejak yang ditinggalkan oleh penggodam tersebut.
Berikut adalah mirror dan sedikit screenshoot yang sempat diambil.




Penggodam juga meninggalkan nota tertulis
Security tested,there are some bugs in your site. I do not delete your data. Check back your security system.

Mirror bagi defacement tersebut boleh dilihat pada link berikut  http://www.zone-h.org/mirror/id/15867652

Tindak balas penggodam dari kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Bakasi Cyber Team dan Bekasi0donk itu telah membuatkan penggodam dari Malaysia membalas dengan menyerang laman web milik Indonesia kembali. 

Berikut adalah sedikit screenshot dan mirror.



Nampaknya kemampuan penggodam daripada Malaysia juga tidak boleh dipandang rendah sama sekali. Penggodam tersebut menggelarkan diri mereka sebagai ./Ryuzaki dan ./Ben Hachirobei.



Update
Hasil carian google juga menunjukkan laman berdomainkan unimas.my juga turut digodam oleh penggodam Indonesia dengan meninggalkan nota berbaur kebencian terhadap Malaysia. 

Penggodam menggelarkan diri mereka sebagai CyberStress 
( Mungkin ditubuhkan selepas kekalahan Final Sukan SEA akibat stress yang amat sangat)

Domain : http://www.indi.unimas.my/

Dan lebih mengejutkan juga bahawa sebelum ini laman berdomainkan http://www.feb.unimas.my turut pernah digodam pada september 2009



Amat memalukan tetapi itulah hakikat yang sebenar. Harap semua pihak dapat mengambil iktibar daripada kejadian ini. Web admin juga dinasihatkan supaya sentiasa meningkatkan tahap keselamatan laman web mereka supaya perkara ini tidak lagi berulang kembali.

1 ulasan:

♥j3n♥ said...

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...kembali..i like... :)

Post a Comment

Please Do Not Spam Here Moron. Everyone Welcome Here.