Root Js

powered by
Socialbar
Alrite, seperti yang pernah diminta oleh saudari Jen Jasmi beberapa bulan yang lepas, (baru sekarang nak buat.hehe)  Entri pada kali ini saya akan membincangkan mengenai bagaimana untuk meningkatkan tahap keselamatan akaun Facebook anda. Tidak dinafikan bahawa sudah ramai yang mengetahuinya dan tidak dinafikan bahawa ramai juga yang belum mengetahuinya. 



Bagaimana Meningkatkan Tahap Keselamatan Akaun Facebook Anda ?

Email 

Pertama sekali anda mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) atau lebih Email yang digunakan di dalam sesebuah akaun Facebook anda itu. 
Buat Email tersebut sama ada menggunakan platform Yahoo, Gmail atau Hotmail dan sebagainya dahulu. Pastikan Email yang bakal digunakan itu tidak ada bersangkutan dengan mana-mana Email Facebook lain.

Account Setting > Email (edit) > Add Another Email



Telefon Bimbit

Pastikan setiap kali anda log in ke dalam akaun Facebook anda, set kan supaya kod pin dihantar ke telefon bimbit anda (selepas clear browsing data). Ini sangat-sangat penting sekiranya Facebook anda telah dimanipulasikan oleh pihak ketiga kerana setiap browser (pelayar) baru yang log in ke akaun anda, kod pin akan dihantar ke telefon bimbit anda.



Kod Pin 6 angka akan dihantar ke telefon bimbit anda akan dihantar ke nombor telefon yang telah anda set kan. Setiap kali anda log in di pelayar baru atau selepas clear browsing data contohnya, kod-kod pin tersebut adalah berbeza-beza. Jadi jangan risau. Bagi yang tidak mendapat kod pin tersebut juga, anda klik pada I can't get my code

Sebelum itu anda perlu mendaftar nombor telefon bimbit anda terlebih dahulu.

Acoount Setting > Mobile 

Kadar caj bagi pengguna Celcom adalah RM 1 (seringgit) seminggu dan Maxis RM 3 (ringgit) sebulan.




Notification akan dihantar kepada anda jika Device yang tidak dikenali Log In ke akaun anda





Pastikan anda juga edit (enable) didalam Account Setting > Security seperti yang terpapar di dalam gambar di bawah ini




Download A Copy

Langkah ini sangat penting jika berlaku pengambil-alihan akaun anda oleh pihak ketiga tanpa pengatahuan anda. Jika itu berlaku, anda perlu "Lock" akaun anda dan pihak Facebook akan meminta anda untuk memuat-naikkan maklumat-maklumat yang telah anda muat-turun sebagai langkah keselamatan.





Klik 












Rasanya setakat ini sajalah entri saya pada hari ini. Pagi nanti dah nak balik ke kampus. Jadi apa-apa masalah atau pertanyaan inbox terus ke facebook atau di pages OK.
Kalau nak tambah apa-apa, amat-amatlah dialu-alukan.

Kepada golongan-golongan hacker yang merasa entri kali ini amat menyentuh hati anda dan mengacau periuk nasi anda, saya dengan penuh kekhilafan memohon sejuta keampuanan. P hack website je ea..xyah nak dok phising sngt. tampaq koq jup lgi. HAHA gurau je..Nanti blogspot saya yang tak seberapa pula kena
^_^



1 ulasan:

♥j3n♥ said...

HUhuhuhuhuuhhuhuhuhu......nice nice nice..TQ TQ TQ..

Post a Comment

Please Do Not Spam Here Moron. Everyone Welcome Here.