Root Js

powered by
Socialbar

Keselamatan Kata Laluan


Fakta : Purata daripada 20% kata laluan adalah mudah untuk diteka.
Contoh kata laluan yang lemah : password, 12345, qwert, yourname, yourbithday, dsb.


Langkah tebaik dalam menghalang seseorang untuk mendapatkan kata laluan anda ialah dengan
menggunakan kata laluan yang kuat iaitu mempunyai sekurangnya 8+ huruf dan mengandungi
sekurangnya 1 huruf besar serta 1 nombor.Melalui kaedah ini, penggodam akan mengambil masa
yang lama bagi memecahkan kata laluan anda meskipun menggunakan kaedah Bruteforce.

Soalan Keselamatan / Security Question

Merupakan langkah termudah untuk menceroboh akaun anda TANPA mendapatkan kata laluan anda.
Melalui langkah ini, penceoboh akan meneka soalan keselamatan yang telah dibuat sebelum anda
mendaftar ke dalam sesuatu rangkaian sosial.

Pilih soalan keselamatan yang sukar untuk penceroboh menekanya. Sebagai contoh,
jika memilih soalan keselamatan, Apakah Nama Ibu Anda; seseorang yang mempunyai akses di dalam
rangkaian sosial anda mudah mendapatkan jawapan tesebut dengan hanya bertanyakan terus kepada anda.
Pastikan anda memilih soalan keselamatan yang TIADA SESIAPA mengetahuinya dan pastikan hanya anda
yang mengetahuinya sahaja.

Anda juga dinasihatkan untuk tidak menggunakan kata laluan yang sama di dalam setiap akaun anda.
Pastikan setiap akaun anda mempunyai kata laluan yang bebeza-beza.



0 ulasan:

Post a Comment

Please Do Not Spam Here Moron. Everyone Welcome Here.