Root Js

powered by
Socialbar


Mesti ada dikalangan anda pengguna yang menggunakan browser Firefox ( Mozilla ). Antara fungsi yang terdapat di dalam Firefox adalah Master Password. Master Password adalah berfungsi untuk melindungi kata laluan yang pengguna simpan di dalam pelayar internet mereka daripada dilihat oleh pihak ketiga. Ini bermakna, jika anda menyimpan kata laluan anda pada pelayar Firefox anda tetapi, tidak menggunakan Master Password ini, kata laluan yang disimpan oleh anda mudah untuk dilihat oleh orang lain seperti yang pernah dibincangkan pada entri yang lepas.


Jadi sebelum ini mereka pernah bertanya kepada saya bagaimana untuk menyahpadam ( reset ) kata laluan yang telah dibuat itu? Caranya mudah sahaja, anda taip sahaja di URL Firefox anda dengan URL ini kemudian ENTER dan Reset sahaja : 
chrome://pippki/content/resetpassword.xul 




Amaran 
Apabila telah mereset kata laluan Master Password ini, segala kata laluan yang telah disimpan akan hilang.


Sumber : Mozilla Help And Support

0 ulasan:

Post a Comment

Please Do Not Spam Here Moron. Everyone Welcome Here.