Root Js

powered by
Socialbar


Kod sumber "Source code" atau kod program (biasanya hanya dipanggil sumber atau kod) merujuk kepada sebarang siri pernyataan yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan komputer yang difahami manusia. Dalam bahasa pengaturcaraan moden, kod sumber yang membentuk perisian biasanya terdapat dalam beberapa fail komputer, tetapi kod sumber yang sama boleh dicetak di dalam buku atau dirakamkan di dalam pita (biasanya tanpa fail sistem).

Istilah ini biasanya digunakan dalam konteks bahagian tertentu perisian komputer. "Kod sumber" perisian komputer adalah kumpulan fail yang boleh ditukar daripada bentuk yang boleh dibaca manusia kepada bentuk setara untuk perlaksanaan komputer Kod sumber ditukarkan kepada kod objek oleh sama ada penghimpun atau pengkompil untuk CPU komputer tertentu, atau dilaksanakan dari bentuk boleh difahami manusia dengan bantuan pentafsir.

Oleh itu, kod sumber digunakan sama ada untuk menghasilkan kod objek, atau dijalankan oleh pentafsir. Pengubahsuaian tidak dilakukan kepada kod objek, tetapi pada kod sumber, dan ditukarkan sekali lagi.

Tujuan utama lain bagi kod sumber adalah untuk gambaran perisian. Juga, kod sumber mempunyai pelbagai kegunaan. Kod sumber boleh digunakan sebagai perkakasan belajar; penulis perisian baru sering mendapati ia berguna untuk meneliti kod sumber sedia ada untuk mempelajari teknik memprogram dan metodologi. Ia juga digunakan sebagai cara berkomunikasi antara penulis perisian berpengalaman, disebabkan (secara idealnya) ia tepat dan tidak kabur. Perkongsian kod sumber antara penulis perisian sering disebut sebagai faktor yang membawa kepada kematangan kemahiran memprogram. Kod sumber boleh menjadi perantaraan meluahkan artistik; perhatikan, sebagai contoh, kod obfuskated atau PerlMonks.Org.

Kod sumber adalah komponen penting dalam aktiviti memindah perisian kepada pelantar komputer alternatif. Tanpa kod sumber bagi perisian tertentu, pemindahan secara amnya amat sukar untuk dilaksanakan dan juga mustahil. Penulis perisian selalunya meminjam kod sumber dari sebahagian perisian untuk digunakan dalam projek lain, konsep yang dikenali sebagai kitaran perisian "Software reusability".

Kod sumber bagi bahagian khusus perisian boleh terkandung dalam satu fail atau banyak fail. Sumber kod perisian tidak semestinya ditulis dalam bahasa pengaturcara yang sama; sebagai contoh, adalah menjadi perkara biasa untuk sesuatu perisian ditulis kebanyakannya dalam bahasa pengaturcaraan C, dengan sebahagiannya ditulis dalam bahasa perhimpunan untuk tujuan menoptima. Sebahagian komponen perisian juga boleh ditulis dan dikompil berasingan, dalam bahasa pengaturcaraan rawak, dan kemudian digabung kepada perisian menggunakan teknik memaut perpustakaan library linking.

Perisian pertengahan rumit biasanya memerlukan pengkompilasi atau gabungan beberapa, kadangkala berdozen atau juga beratus, fail kod sumber. Kerumitan ini dikurangkan dengan meletakkan Makefile dengan kod sumber, yang menggambarkan hubungan antara kod sumber, dan mengandungi maklumat tentang bagaimana hubungan antara fail kod sumber, dan mengandungi maklumat bagaimana cara ia perlu dikompil. Sistem kawalan revisi merupakan perkakasan lain yang sering digunakan oleh pemaju untuk penyelenggaraan kod.


Contoh Source Code

Coding Is Like An Art. 


0 ulasan:

Post a Comment

Please Do Not Spam Here Moron. Everyone Welcome Here.