Root Js

powered by
Socialbar
Assalamualaikum 

Berbekal secawan nescafe walaupun dah habis, dinihari ini terasa tiba-tiba membuak difikiran untuk mentelaah Google berkaitan dengan Virus yang bernama Stuxnet ini. Beberapa hari yang lepas sebenarnya admin pernah terbaca mengenai kejayaan saintis daripada Iran yang berjaya mengeluarkan virus jenis daripada kemudahan reaktor nuklear mereka yang dipercayai dihantar oleh pihak Amerika Syarikat dan sekutu mereka Israehell.

Sejauh mana kerosakan dan bahaya yang dibawa oleh virus ini?


Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pakar Iran, virus atau cecacing komputer ini telah menjejaskan hampir 16 000 buah komputer. Virus ini telah disasarkan ke arah kemudahan nuklear Iran dan lain-lain perindustrian pada tahun 2010 dan Tehran mengakui perisian yang berniat jahat itu telah mendatangkan kerosakan  yang terhad terhadap sentrifugal. (satu komponen penting dalam pengeluaran bahan api nuklear.) Tetapi Iran berkata saintis mereka telah menemui dan meneutralkan malware tersebut sebelum ia boleh menyebabkan kerosakan yang serius. 

 Tetapi tidak diketahui sama ada Stuxnet terbabit hanya disasarkan terhadap Iran atau pun
 ke seluruh dunia. Iran juga turut menghadapi masalah untuk mendapatkan perisian anti-malware   
 akibat daripada sekatan antarabangsa yang telah memaksa mereka untuk menggunakan sumber  
 dan tenaga pakar mereka sendiri untuk mereka bentuk perisian sendiri.

-




unUpdated.

0 ulasan:

Post a Comment

Please Do Not Spam Here Moron. Everyone Welcome Here.