Virus Komputer Yang Merbahaya
BRMCX | 1:04 AM |
Exploit
10 VIRUS MERBAHAYA
Kepada anda yang ingin mengetahui apakah virus yang paling merbahaya dan paling dahsyat sekali sejak 1986 sehingga tahun
2007, anda boleh lihat di bawah dan berhati – hati dengan kewujudan virus – virus ini.
Brain, (1986)
Virus ini merupakan virus pertama yang ditemui pada tahun 1986. Tetapi virus ini tidak terlalu merosakkan komputer.
Setelah munculnya virus ini,ia menjadi perangsang kepada pencipta malware dan 100000 pencipta virus bagi abad seterusnya.
Michelangelo, (1991)
Virus ini merupakan virus MS-DOS yang paling teruk sekali kerana ianya menyerang apa saja yang masuk ke komputer anda
seperti disket dan pendrive. Setelah menyebarkan virus selama berbulan – bulan secara senyap, virus ini diaktifkan dan
merosakkan data-data yang tersimpan di dalam komputer anda.
Melissa, (1999)
Virus Melissa diambil nama bersempena nama seorang penari bogel. Virus ini akan disebarkan melalui emel dan dihantar kepada beribu-ribu orang.
Buat pertama kali dunia pengkomputeran di perkenalkan dengan virus komputer terbaru yang digelar ‘Melissa’ pada 26 Mac 1999, ketika virus tersebut mematikan sistem mel internet, dimana ia disekat dengan e-mel yang dijangkiti dengan worm.
Virus komputer Melissa ini dibangunkan oleh David L. Smith di Aberdeen Township, New Jersey. Setelah diberkas, David
dijatuhkan hukuman 20 bulan penjara persekutuan dan diperintahkan untuk membayar denda sebanyak $5000. Penangkapan David telah diwakili dengan kerjasama FBI, New Jersey State Police dan Monmouth Internet.
ILOVEYOU, (2000)
Virus ini merupakan virus pertama yang menggunakan tipu helah bagi menyuruh anda membuka sesuatu fail yang telah
dijangkiti virus. Fail tersebut dibuat dalam skrip VBS kononnya merupakan surat cinta dan menyuruh anda membacanya.
Menggunakan kaedah yang serupa seperti Melissa, virus yang digelar ‘I Love You’ ini berjaya menjangkiti berjuta-juta komputer di seluruh dunia dalam satu malam sahaja! Tapi akhirnya pencipta virus ini berjaya dikesan.
Penciptanya adalah seorang mahasiswa berwarganegara Filipina. Mahasiswa tersebut dibebaskan kerana Filipina tidak mempunyai undang-undang untuk mencegah hacking dan penyebaran Malware.
Code Red Worm, (Julai 2001)
Virus ini menyerang melalui server web dan merosakkan laman web melalui serangan ke atas satu hos IP.Ini merupakan virus komputer pada abad ke-21 yang berjaya menembusi puluhan ribu sistem yang menjalankan Microsoft Windows
NT serta perisian Windows 2000 Server. Kerosakan yang disebabkan oleh virus komputer Code Red dianggarkan mencapai jumlah kesuluruhan $2 Billion.
Nimda, (2001)
Tidak lama selepas tragedi 11 September, virus ini menjangkiti beratus ribu komputer secara meluas. Nimda telah diklasifikasikan sebagai salah satu virus yang merumitkan kerana ia mempunyai 5 cara untuk menjangkiti dan memusnahkan
sesebuah komputer itu. Berasal dari perkataan “Admin” yang diterbalikkan menjadi “Nimda”.
Virus ini dibuat berdasarkan virus COde Red dan melancarkan serangan melalui laman web, emel dan sambungan internet seperti Yahoo messenger dan sebagainya.
Klez, (2001)
Virus ini akan menghantar maklumat melalui emel dan mendakwa Bill Gates ingin memberi wang percuma kepada pembaca emel tersebut. Pembaca yang teruja akan klik dan virus tersebut secara automatiknya akan tersebar. Jadi, berhati-hati kepada
anda yang inginkan wang percuma dari Bill Gates ataupun Microsoft.
Slammer, (2003)
Virus ini merupakan antara virus yang amat pantas sekali tersebar. Ini kerana ia boleh menjangkiti kira – kira 75000 buah komputer dalam masa 1 minit. Kesannya ialah ia akan melembabkan internet anda dan merosakkan laman web. Virus ini juga lebih kurang Code Red cara penyebarannya.
MyDoom, (2004)
Virus ini merupakan yang paling cepat sekali dalam sejarah disebarkan melalui emel. Ia akan selalu menghantar emel ke komputer anda dalam dalam kuantiti yang banyak.
Storm, (2007)
Virus ini disebarkan melalui emel spam dan telah menjangkiti lebih 10 juta buah komputer.
Virus komputer PC(Windows) Antara Yang Paling Bahaya
Jerusalem (1987)
Ini merupakan antara salah satu virus MS-DOS yang terawal dalam sejarah dan telah mengakibatkan malapetaka yang besar dimana kesannya dapat dilihat di kebanyakan negara, universiti dan syarikat yang besar. Pada Jumaat 13 1988, virus ini
berjaya merebak ke beberapa institusi di Eropah, Amerika dan Timur Tengah. Virus ini secara tak sengaja.digelar
“Jerusalem” selepas menyerang salah satu lokasi di timur tengah- University Jerusalem.
Morris a.k.a “Internet Worm” (November 1988)
Virus ini telah menjangkiti lebih kurang 6000 sistem komputer di US termasuk Lembaga kajian Nasa yang telah berjaya dilumpuhkan buat seketika pada suatu masa dahulu. Kerana kod yang tidak menentu, worm berjaya menghantar berjuta-juta
salinan dirinya ke komputer dalam rangkaian yang berbeza dan berjaya melumpuhkan kesemua sumber network. Kerosakan yang disebabkan oleh virus komputer Morris dianggarkan mencapai $96 juta.
Solar Sunrise (1998)
Satu dekad kemudian, situasi tetap tidak berubah malah menjadi lebih teruk. Menggunakan virus komputer, hacker, pada tahun 1998, menembus dan mengambil alih lebih dari 500 sistem komputer milik tentera, sektor kerajaan dan swasta US. Kesemua
situasi digelar Solar Sunrise selepas kerentanan popular di komputer yang menjalankan sistem operasi yang disebut sebagai
Sun Solaris. Awalnya serangan itu dipercayai dirancang oleh koperasi di Iraq.
Tetapi akhirnya insiden tersebut telah terbongkar dan ia merupakan karya dua orang remaja Amerika dari California. Selepas serangan yang berlaku, Jabatan Pertahanan US mengambil tindakan drastik untuk mengelakkan insiden yang sama di masa hadapan.
Downadup (2009)
Yang terbaru dan berbahaya ini merupakan “Downadup worm” juga dikenali sebagai “Conficker”. Syarikat keselamatan komputer,
F-Secure mencatakan bahawa virus ini telah menjangkiti 3.5 juta komputer di seluruh pelusuk dunia. Program malicious ini
berupaya untuk disebarkan melalui “Patched Windows Flaw”. F-Secure juga menyatakan bahawa terdapat tiga negara yang paling banyak terkena impak virus ini iaitu, China, Brazil dan Rusia.
Virus CIH
Juga dikenali sebagai Chernobyl atau Spacefiller, ianya sejenis virus computer versi windows yang direka oleh Chen Ing Hau yang berasal dari Taiwan. Ianya disebarkan dibawah format fail windows 95, windows 98, dan windows ME.
Virus ini merupakan salah satu virus paling merbahaya dan ia masih merupakan yang paling ganas abad ini. CIH mula dikesan pada pertengahan tahun 1998 dan mempunyai beberapa variasi. Ia menghalang pengguna untuk mencapai cakera keras dengan
memberitahu pengguna cakera keras rosak. Ia juga boleh memadamkan BIOS pada komputer dan merosakkan papan induk secara keseluruhannya. Ia tersebar menerusi web dengan menumpang pada fail yang dijangkiti.
VIRUS MONKEY
Sebagai virus sektor but, sebahagiannya disebabkan oleh kesukaran yang dihadapi sesetengah pengguna untuk menghapuskannya. Ia berkaitan dengan virus Empire.
Monkey menjangkiti rekod but induk cakera keras (Master Boot Record) dan but sektor disket. Ia menjangkiti PC apabila
disket, yang dijangkiti melalui PC lain, berada dalam pemacu A. ketika boot keatas (boot-up), dan menulis kodnya ke sektor pertama dalam cakera keras, di mana data Petak/MBR ditempatkan.
Monkey akan berada di dalam memori selepas itu setiap kali PC dipasang, dan menjangkiti disket sewaktu digunakan.
Berikut Merupakan Statistik Virus Komputer Yang Paling Aktif Pada Bulan Januari 2011
1. AdWare.Win32.HotBar.dh
2. Trojan-Downloader.Java.OpenConnection.cf
3. Exploit.HTML.CVE-2010-1885.aa
4. AdWare.Win32.FunWeb.gq
5. Trojan.HTML.Iframe.dl
6. Trojan.JS.Redirector.os
7. Trojan-Clicker.JS.Agent.op
8. Trojan.JS.Popupper.aw
9. Trojan-Downloader.Java.OpenConnection.cg
10. Trojan.JS.Agent.bhr
0 ulasan:
Post a Comment
Please Do Not Spam Here Moron. Everyone Welcome Here.