Root Js

powered by
Socialbar

Siapa Mereka

Anonymous Hacker?



Seperti yang diketahui ramai, semenjak akhir-akhir ini semakin banyak berita-berita yang berkaitan dengan "anonymous".
Jadi siapakah golongan yang bergelar anonymous hacker ini?

Mereka adalah terdiri daripada golongan-golongan penggodam yang berpengatahuan tinggi di dalam bidang komputer dan internet yang membentuk satu kumpulan yang tidak mempunyai ketua (group leader), tiada ideologi dan juga bergerak secara "silent" (underground) diseluruh di dunia. 

Pengertian "Anonymous" itu sendiri memberikan maksud bahawa diantara mereka, mereka boleh menjadi sesiapa sahaja sama ada guru, pensyarah, pelajar sekolah, pelajar universiti, kakitangan kerajaan dan swasta mahu pun golongan tidak bekerja.



Di dunia nyata mereka adalah manusia biasa yang mempunyai hidup seperti manusia normal yang lain. Tetapi di dalam dunia IT mereka adalah orang yang "luar biasa". Golongan ini kebanyakkanya menggunakan platform iRC (Internet Relay Chat) sebagai tempat untuk berkumpul selain diruangan-ruangan forum atau sosial network seperti Facebook.

Pada kebiasaannya, golongan-golongan anonymous ini sering melakukan serangan siber berprofil tinggi terhadap badan-badan berkepentingan seperti kerajaan atau pun firma-firma gergasi. Terbaru, sepanjang tahun ini sahaja (2011) golongan ini telah menyerang syarikat gergasi Seperti Sony. Selain itu, mereka turut menyerang beberapa buah laman web milik kerajaan seperti Polis Britian dan juga beberapa serangan terhadap kerajaan Malaysia (#Operation Malaysia)


Anonymous VS Silent Hacker




Jadi siapakah pula golongan yang bergelar "Silent Hacker" ini ?
Silent Hacker atau penggodam senyap ini adalah golongan yang hampir sama juga seperti Anonymous. Tetapi mereka lebih ke arah untuk tidak gemar  menonjolkan diri di khalayak ramai. Golongan seperti ini memang tidak dinafikan lagi kebolehan mereka di dalam dunia IT. 

Mereka lebih suka untuk mengambil pendekatan berdiam diri dan "memerhatikan" sahaja situasi yang berlaku disekeliling. 
Sesiapa sahaja dikalangan kita sebenarnya boleh menjadi golongan ini. 


Hacker VS Script Kiddies / Lamer





Seperti yang diketahu ramai, terdapat banyak tahap-tahap di dalam dunia hacking itu sendiri.
Jika diperhatikan juga, sepanjang pemerhatian penulis, semenjak kes serangan berprofil tinggi oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Dragon Force yang menyerang laman web .gov / .edu beberapa bulan yang lepas, mereka ada menubuhkan kumpulan di Facebook seperti DF Baby, DF Tropper, DF Army, DF Media, Dragon Force dan lain-lain lagi.

Tetapi perlu diingatkan bahawa tempat-tempat tersebut tidak menggalakkan tujuan penggodaman dikalangan ahli-ahli mereka tetapi lebih kepada bertujuan mengajar dan tempat untuk rakyat Malaysia menimba dan berkongsi ilmu yang ada bersama berkaitan dengan ilmu komputer yang mereka ada.

Cuma apa yang dikesalkan ada pihak-pihak tertentu yang wujud dan mengaku bahawa diri mereka adalah "Hacker" dan berkebolehan dalam melakukan "hacking" dan menggunakan nama Dragon Force itu sendiri untuk menggerunkan pihak lain.

Perlu diingatkan bahawa hacker ini mempunyai banyak tahap dan peringkat.
"Semakin anda senyap, semakin banyak anda mendengar"




Tahap-Tahap Seorang Hacker


Mundane Person

Ini adalah level paling dasar atau asas sekali. Boleh dikatakan pada peringkat ini mereka sebenarnya tidak langsung digelar sebagai seorang "hacker". 
Mereka adalah hanya seorang yang mempunyai komputer dan berhubung dengan internet pada pengatahuan yang asal sekali.



 Lamer

Pada level ini seseorang itu sudah mengenali serba sedikit bekaitan dengan hacking.
Pada peringkat ini mereka sudah tahu untuk menggunakan Trojan contohnya untuk memasuki komputer orang lain dan menggunakan media-media seperti IRC dan ICQ.  
Namun begitu, mereka tidak tahu bagaimana sesuatu Trojan itu berfungsi. Orang pada tahap ini sudah mempunyai minat dalam bidang hacking itu sendiri. Normal didalam kehidupan kita akan melewati proses ini.



Wannabe

Pada tahap ini, seseorang itu akan menyedari bahawa hacking itu bukanlah sekadar mencuri masuk ke dalam sesebuah sistem komputer orang lain, tetapi mengapa dia perlu memasuki sistem komputer tersebut.
Mereka akan terus dan terus untuk mencari sebanyak mungkin ilmu-ilmu yang ada tentang hacking dari pelbagai sumber.



Larva

Pada tahap ini umumnya mereka telah mempunyai banyak pengatahuan tentang dasar-dasar hacking itu sendiri.
Mereka akan cuba untuk melepasi sesebuah sistem bagi menguji pengatahuan yang ada dan mula mempelajari bahawa hacking itu juga bukan sekadar untuk tidak melakukan kerosakan dan menghapuskan data sahaja tetapi mula belajar bagaimana untuk menutupi jejak langkah mereka supaya tidak tertangkap.



Hacker / Elite

Pada tahap ini barulah mereka sudah mengenali selok-belok tentang hacking.
Sama ada untuk menceroboh sesebuah sistem keselamatan itu sendiri atau pun untuk membinannya.
Namun sukar untuk kita sebenarnya menentukan seseorang itu ditahap "hacker" kerana perkembangan dunia hacker itu sendiri sangat cepat berkembang.


Bagi pemulis, semua itu tidak penting sebenarnya kerana jika seseorang itu sudah mengetahui selok-belok di dalam dunia hacking, mereka sudah layak digelar sebagai hacker. Explorasi ilmu pengatahuan secara berterusan adalah WAJIB di dalam dunia hacking.
 Tetapi awas kerana di dunia sekarang ini ramai orang yang lebih suka mengaku bahawa diri mereka sebagai seorang "hacker" pada dasar nama semata-mata dan ini lebih terarah pada golongan skript kiddies yang menggunakan title hacker itu sendiri untuk berlagak.

Ingat bahawa semakin tinggi ilmu yang anda ada, maka semakin banyak sebab untuk anda mengambil langkah dan sikap berdiam diri daripada bertindak seperti tin kosong.





  
Next
Bersambung....


4 ulasan:

♥j3n♥ said...

Wowowowowowoowowww..best best best..like like like..

BRMCX said...

^_^
thx

Muhammad Jazry said...

Cantik gaya penulisan mu bro.

John

BRMCX said...

thx bro..
menulis apa yg terlintas di fikiran je

^_^

Post a Comment

Please Do Not Spam Here Moron. Everyone Welcome Here.