Cakerawala Part II
BRMCX | 10:41 PM |
General Knowledge
'BIG BANG' DAN LETUPAN CAKERAWALA
Tahukah kamu berjuta-juta tahun dahulu cakerawala ini hanya satu titik kecil. Sekarang masanya untuk belajar bagaimana titik kecil ini berkembang.
Kamu mungkin pernah melihat filem kartun di TV. Selalunya, musuh akan mengejar hero filem tersebut dan hero akan melakukan apa sahaja untuk melarikan diri. Salah satu benda yang sering digunakan ialah dinamit. Contohnya, musuh Bugs Bunny meletakkan dinamit di rumahnya, atau musuh Road Runner meletakkan dinamit di jalannya. Selalunya, musuh-musuh ini berjaya melarikan diri dengan kemahiran yang hebat.
Sekarang, cuba bayangkan salah satu letupan ini. Contohnya, pemburu yang mengejar Bugs Bunny meletakkan bahan letupan ke dalam rumah bawah tanahnya. Apa berlaku apabila ia meletup? Tanah berselerakan dan serpihannya bergerak daripada satu sama lain. Sebelum letupan tersebut, serpihan-serpihan tanah ini bercantum. Tetapi, selepas letupan, serpihan-serpihan kecil tanah berselerak di merata tempat dan bergerak daripada satu sama lain.
Berjuta-juta tahun dahulu, cakerawala ini wujud selepas sebuah letupan. Banyak serpihan wujud dengan letupan ini. Serpihan-serpihan ini bergerak dan berselerak ke merata tempat, sama seperti tanah yang berselerak. Kemudian mereka mula membentuk cakerawala dan planet-planet dan lain-lain.
Letupan ini, yang menjadi permulaan kepada penciptaan cakerawala ini oleh Allah, telah dinamakan sebagai 'Big Bang'. Ketika letupan hebat ini berlaku, alam ini mula membesar dan berkembang, dan ia masih berkembang hari ini.
Sebelum meneruskan ke bahagian lain, mari kita senaraikan beberapa fakta yang telah kita buat sebelum ini:
1. Dahulu, alam ini tidak wujud;
2. Alam ini wujud dengan letupan satu titik kecil;
3. Selepas letupan ini, sejumlah besar unsur mula terbentuk yang menjadikan alam ini, dan unsur-unsur ini mula bergerak menjauhi satu sama lain;
4. Cakerawala ini berkembang apabila objek-objek di dalamnya bergerak daripada satu sama lain.
Ini adalah tanda kekuasaan Allah yang tidak terbatas. Sekalipun seluruh manusia di Bumi ini bergabung, mereka tidak akan dapat meniru cakerawala ini. Walaupun semua bahan-bahan di dunia ini dikumpulkan, manusia masih gagal meniru letupan sebesar 'Big Bang'. Semua kekuatan hanya milik Allah, Yang menjadikan segalanya. Setelah membaca bahagian berikutnya kamu akan lebih memahami kekuasaan tidak terbatas Allah dan kebijaksanaan-Nya.
ATURAN YANG TERHASIL DARIPADA SEBUAH LETUPAN
Adik-adik, seperti yang kamu bayangkan, tidak ada letupan yang dapat membentuk satu struktur tersusun. Sebaliknya, letupan memusnahkan susunan yang ada. Ia merosakkan apa sahaja yang berada di sekitarnya. Satu bahan letupan berkuasa tinggi dapat meranapkan sebuah bangunan. Bom paling berkuasa di dunia ialah bom atom. Apabila dilepaskan, bom ini memusnahkan semua benda di dalam sasarannya, di dalam beberapa kejadian, beberapa bandar.
'Big Bang' menghasilkan letupan yang berbilion kali ganda bom atom. Tetapi 'Big Bang' sebaliknya memberikan kesan berlainan dan membentuk sebuah dunia sempurna yang tersusun. Dunia yang kita kenali, yang telah direka dengan teliti untuk memenuhi keperluan kita, wujud selepas letupan ini.
Bagaimana 'Big Bang' menghasilkan aturan yang begitu sempurna?
Allah mencipta cakerawala ini daripada tiada melalui letupan 'Big Bang'. Jelaslah, Allah juga membuat aturan sempurna di dalam alam ini.
Sebarang jawapan selain daripada yang di atas adalah salah. Contohnya, menyatakan aturan ini wujud secara kebetulan selepas letupan adalah tidak logik. Biar kita buat satu persamaan untuk menjelaskannya dengan lebih baik:
Apa akan berlaku kepada pasir-pasir jika sebuah bom dilemparkan di pantai? Sudah tentu pasir-pasir ini akan berselerakan ke merata tempat, bukankah begitu? Bagaimana jika seseorang menyatakan sebuah istana pasir telah terbentuk disebabkan satu letupan di pantai? Kamu mungkin berpendapat dia gila atau berbohong. Begitu juga, mereka yang mendakwa bahawa aturan di alam ini terjadi dengan sendirinya, adalah gila. Terdapat sejumlah perincian, contoh-contoh keseimbangan dan susunan sempurna di dalam alam gergasi ini, yang lebih kompleks jika dibandingkan dengan sebuah istana pasir.
kesimpulannya, aturan sempurna di dalam alam ini membuktikan bahawa ia tidak datang dengan sendirinya. Setiap aturan dan keseimbangan yang wujud di dalam alam ini adalah petanda kebijaksanaan Allah yang tidak terbatas.
MAKLUMAT YANG AL-QURAN BERIKAN TENTANG ALAM SEMESTA INI
Al-Quran adalah kitab suci Allah yang diturunkan kepada manusia. Ia memberikan maklumat-maklumat paling teliti di dalam semua isu. Kerana setiap ayat Al-Quran adalah Kalam Allah Yang Maha Kuasa. Tetapi, zaman ketika Al-Quran diturunkan, sains dan teknologi tidak secanggih hari ini. Oleh itu, tiada siapa dapat menjalankan kajian tentang maklumat-maklumat yang ada di dalam Al-Quran. Bagaimanapun, hari ini, terdapat kemajuan yang hebat di dalam sains dan teknologi. Hampir semua perkembangan di dalam sains adalah selaras dengan maklumat-maklumat yang Al-Quran berikan. Contohnya, Al-Quran memberitahu kita langit dan Bumi asalnya bersatu, tetapi Allah telah memisahkannya. Di dalam Al-Quran, fakta saintifik ini digambarkan seperti berikut:
Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan Bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? … (Surah Al-Anbiyaa':30)
Mari kita kaji ayat ini bersama:
Perkataan langit bererti semua yang berada di angkasa.
Kenyataan "langit dan Bumi itu pada asal mulanya bercantum", menggambarkan semua benda di cakerawala ini asalnya bercantum.
Akhirnya, kenyataan, "Kami pisahkan antara keduanya", menunjukkan bahawa cakerawala ini telah berpecah menjadi serpihan-serpihan disebabkan oleh letupan tersebut.
Contoh ini membuktikan dua fakta penting:
Al-Quran adalah kitab yang diturunkan Allah,
Maklumat yang diberikan Al-Quran adalah maklumat yang paling tepat. Kerana Allah, Pencipta seluruh alam ini, telah menurunkan Al-Quran, sudah tentu Dia mengetahui apa yang telah dijadikan-Nya.
Di dalam bab ini, kita melihat Allah mencipta seluruh alam ini daripada ketiadaan. Sekarang mari kita mulakan satu perjalanan melalui cakerawala ini, yang menunjukkan kekuasaan dan kebijaksanaan Allah.
0 ulasan:
Post a Comment
Please Do Not Spam Here Moron. Everyone Welcome Here.