Root Js

powered by
Socialbar

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya : -


1. Nombor Kecemasan
   Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam   
   kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda   
   gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di
   PAPARAN PENUH di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail    
   walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci (Keypad lock).

2. Kereta terkunci
   Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari   
   luar? Pasti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka  
   semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang 
   menggunakan sistem penggera (alarm) sahaja. Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang   
   berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit  
   anda dari jarak kira-kira 30 sm (satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga 
   atau teman di rumah menekan punat ON pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan  
   dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia 
   boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu 
   juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk  
   menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini   
   memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3. Kuasa bateri tersembunyi
   Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan    
   dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.  
   Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu 
   melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia 
   didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci *3370#. Telefon 
   bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang   
   penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila  
   anda mengecas telefon bimbit anda. (sestengah jenis telefon nokia juga)

4. Telefon dicuri
   Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan      
   dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit    
   nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon  
   bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, 
   anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. 
   Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang 
   mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, pencuri terbabit tetap tidak   
   dapat mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi, namun sekurang-  
   kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun  
   menjualnya.



Kebanyakan tips ini boleh diguna pakai untuk telefon bimbit jenama Nokia. (:

Gambar Sekadar Hiasan

0 ulasan:

Post a Comment

Please Do Not Spam Here Moron. Everyone Welcome Here.