Root Js

powered by
Socialbar

Buat Partition Baru

Assalamualaikum.

Hari ini saya akan tunjuk pada semua bagaimana untuk kita buat partition baru. Disebabkan ramai yang bertanya best ke tak guna Zorin OS tu? then macam mana nak install OS tu? So ini adalah proses yang pertama. Iaitu membuat partition baru bagi menambahkan ruang ( space tambahan ) untuk kita install OS yang bakal kita dual boot kan itu.

Langkah - Langkah

Klik start > My Computer > Right Clik > Manage


Kemudian klik pada bahagian Disk Management dan akan keluar seperti gambar ini :


Pilih partition mana dahulu yang anda mahu bahagikan. Dalam gambar ini, saya ambil partition C. Katakan C anda mempunyai volume sebanyak 250gb. Jadi right clik pada partition C berkenaan kemudian pilih shrink volume seperti gambar ini : 


Masa shrink volume tu memang lama sedikit. Jadi bersabar ya. Kemudian akan keluar pop up seperti di bawah ini :


Set kan berapa banyak volume yang anda perlu pada bahagian yang highlight tu. Contoh anda letak 50000mb ( 50gb ). Kemudian klik shrink. Kemudian bila sudah selesai tu, anda pergi ke bawah yang terdapat banyak-banyak senarai HDD yang ada, dan anda akan ternampak satu HDD yang "unallocated". Sorry saya punya gambar kecil sebab untuk tutorial ini saya cuma mengambil 25mb sahaja sebagai rujukan anda. Dah jumpa, anda right clik kemudian pilih new simple volume. Kemudian next sahaja. 


Tetapi semasa pada wizard tu anda akan ternampak assign the following drive letter. Yang itu cuma letter HDD tersebut saja, jadi anda boleh pilih adjad yang anda mahukan :D . Kemudian next seterusnya anda akan nampak pada bahagian namakan volume tersebut, yang itu terpulang kepada anda untuk menamakan sendiri HDD baru anda tersebut.

Kemudian akan keluar satu pop up baru untuk HDD baru anda tersebut. Pergi ke My Computer dan anda akan nampak hasilnya. Dalam entri akan datang, saya akan tunjuk pula bagaimana untuk kita install Zorin OS secara dual boot  dalam HDD yang kita buat sebentar tadi. :)


Dan jangan lupa juga untuk menggunakan bateri. Mungkin kita tidak mahu semasa proses membuat partition tersebut, bekalan elektrik akan terputus :D ( Bahaya )

Contoh HDD yang telah siap di install dengan Zorin OS 


0 ulasan:

Post a Comment

Please Do Not Spam Here Moron. Everyone Welcome Here.